Wee Choo Leong Banner-01

GOTONGROYONG PERDANA ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK PPR WANGSA SARI

Bersama dengan pegawai DBKL dan Sdr Ayub bin Ismail, Pengurusi Persatuan Penduduk Wangsa Sari (dua dari kanan)

Pukul 9 pagi ini (Ahad) saya telah di jemput untuk hadir ke majlis gotongroyong bersama-sama dengan penduduk-penduduk di perumahan PPR Wangsa Sari Wangsa Maju. Turut hadir sama ialah En Mohd Salman b Mohd Pengurus Perumahan DBKL zon 4 serta lain-lainĀ  kakitanggan DBKL Kawasan.Wangsa Maju. Tidak ketingalan pemimpin-pemimpin masyarakat serta wakil-wakil dari jabatan kerajaan.

Penduduk-penduduk telah bersama-sama membersihkan kawasan perumahan PPR Wangsa Sari dan pihak DBKL telah membekalkan tar terpakai untuk meratakan kawasan lapang yang berhampiran untuk dijadikan kawasan meletak kereta bagi penduduk-penduduk Wangsa Sari.Dalam ucapan pengerusinya Sdr Ayub b Ismail telah menyatakan penduduk-penduduk di situ amat memerlukan taman permainan kanak-kanak dan padang bolasepak untuk kegiatanĀ  sukan dan beriadah. Selain daripada itu penduduk-penduduk juga memerlukan kawasan tambahan bagi meletakan kenderaan-kenderaan penduduk. Dan saya telah bersetuju untuk membantu setakat yang termampu bagi membawa masalah-masalah tersebut untuk diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Saya bagi pihak penduduk-penduduk PPR Wangsa Sari mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak DBKL yang telah banyak membantu menjayakan program Gotongroyong pada hari ini.