Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Bertulis Dewan Rakyat
Soalan No. 438
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nama syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk mencetak borang pulangan cukai pendapatan yang berjumlah RM5.4 juta dan sama ada satu proses tender terbuka dilaksanakan kontrak ini dianugerahkan serta namakan pembekal yang dilantik untuk memproses data dalam borang tersebut perincian kontrak untuk kerja ini.
