RM37.69 juta harta dilucuthakkan merangkumi RM1.59 juta harta daripada 10 kes yang berjaya disabitkan kesalahan dan RM36.1 juta harta daripada 23 kes lain yang dilucuthakkan tanpa pendakwaan….
Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Bertulis Dewan Rakyat
Soalan No. 437
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) Sehingga 30 Mei 2010, berapakah jumlah keseluruhan asset yang dibekalkan dan dirampas oleh pihak berkuasa setiap tahun dan pecahan jumlah pembekuan dan pampasan berbanding jumlah kesalahan bagi setiap tahun, di bawah Akta AMLA ini; dan
(b) apakah bentuk-bentuk perlindungan atau safeguard yang wujud bagi mengelakkan AMLA dari disalahkan guna oleh pihak berkuasa.
