Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah keseluruhan hutang kepada syarikat swasta dibawah arahan pegawai Kementerian (En Rizal Merican) tanpa kuasa dan/atau tanpa mengikut prosedur antara tahun 2003 hingga 2009:
i. berapakahkah jumlah hutang tersebut yang telah dibayar oleh Kementerian;
ii. apakah tindakan akan diambil mengenai baki jumlah hutang tersebut lebih kurang RM3 juta; dan
iii. apakah tindakan telah diambil terhadap pegawai Kementerian tersebut kerana mengarahkan pembelanjaan tanpa kuasa dan/atau tidak mengikut prosedure yang sedia ada?


