Wee Choo Leong Banner-01

HEBAT! KIBARAN HEBAT JALUR GEMILANG DI STADIUM BUNG KARNO

Apa lagi yang mampu diucapkan oleh kita rakyat yang cintakan tanah air ini, apabila kita melihat anak-anak muda kita bermati-matian mempertahankan jalur gemilang dari terus dihina oleh perasaan dendam kesumat penyokong pasukan  Negara tetangga hanya semata-mata ingin melihat pasukan mereka terus  menjadi juara di Stadium Bung Karno.

Terharu kita melihat jiwa bersih anak muda bernama Shafee Sali sambil berlari mencium lambang kecil di dadanya memberi isyarat penuh bermakna kepada kita yang menyaksikan betapa dia juga mengerti betapa  bangganya menjadi rakyat di bumi  Malaysia tercinta ini.

Malam semalam seluruh rakyat telah menzahirkan kecintaan mereka terhadap Negara tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik dengan memberikan seluruh sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan muda Negara dalam siri pertandingan bolasepak piala Suzuki AFF. Seluruh Negara tetap yakin bahawa anak-anak muda Negara akan mampu mengharungi provokasi liar dari penyokong-penyokong fanatik Indonesia yang sememangnya telah kita ketahui.

Belum pernah dalam sejarah sukan kita melihat pasukan Negara kita terpaksa menaiki kereta kebal tentera untuk memasuki Stadium perlawanan tetapi itulah yang terpaksa dihadapi oleh pasukan bolasepak Negara. Kalau bukan kekuatan semangat kenegaraan yang hebat didada mereka,  sudah pasti pasukan Negara akan ditenggelami oleh jeritan dendam penyokong Indonesia.

Ternyata pasukan kita mampu menutup mulut penyokong Indonesia tanpa perlu membalas provokasi jalanan mereka yang begitu berminat diikuti oleh sesetengah pihak di negara kita yang akhirnya tidak membawa apa-apa makna kepada mereka malah mereka terpaksa menelan bulat-bulat kata-kata nista yang dihamburkan kepada pasukan Negara.

TAHNIAH DAN TAHNIAH sekali lagi kepada pasukan muda Negara!

TAHNIAH juga kepada YAB Perdana Menteri kerana tanpa ragu-ragu mengistiharkan hari ini sebagai cuti umum diatas semangat juang 1 Malaysia yang ditunjukan oleh pemain dan rakyat Malaysia.

1 Malaysia terbukti menzahirkan kejituan semangat kenegaraan. Kalungan tahniah juga kepada seluruh pasukan dan pegawai-pegawai pasukan yang berjuang dengan “perasaan” di dada selama 90 minit menanti saat manis kemenangan untuk dihadiahkan kepada Negara tercinta. SYABAS ANAK MUDA NEGARA, PEMIMPIN ESOK NEGARA!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.  HAPPY AND PROSPEROUS 2011 TO ALL MALAYSIANS.

6 thoughts on “HEBAT! KIBARAN HEBAT JALUR GEMILANG DI STADIUM BUNG KARNO”

  1. Thank you Shafee and the whole Malaysian team not forgetting the coach for making us proud to be Malaysians.

    Wednesday night was the night that I saw all Malaysians were united as one to support our football team. A true 1Malaysia spirit.

    Unfortunately, Selangor government is showing that it is opposing 1Malaysia. Opposing, opposing that is the way of life for Ronnie Liu, Elizabeth Wong and gang. So petty.

  2. Tahniah kepada semua pasukan muda bolasepak, kalian memberi impak yang besar kepada rakyat, ternyata ia dpt memujudkan perasaan kecintaandan kesatriaan pd negara, rasa syukur mendiami negara ini dengan kepelbagaian kaum yang saling menghormati satu sama lain, alakah indah hidup di Malaysia kiranya semangat ini dapat diterjemahkan dalam hubungan sesama kaum di Malaysia. Tahniah juga pd YB. yg membuat komentar yg ringkas tetapi penuh bermakna.., inilah yg ingin dimahukan oleh rakyat Malaysia yg perlu diperjuangan oleh semua pemimpin tanpa mengira kepentingan sempit sesuatu kaum… TERIMA KASIH YB!…

  3. Sepatut nya ini lah semangat yang mesti di benam kebal dalam generasi baru masa-masa akan datang.Generasi berwibawa dan berhemah.Generasi yang mengenali, bersatuhati dan bekerjasama.

    Bukan semangat pecah,belah,perintah atau apa-apa pun. Perpaduan ummah untuk masa depan yang lebih terjamin dan menyeronokkan dalam apa jua bidang.

    Ok YB start your clean mission! Siapa lagi yang mesti menjadi JUARA? Bukan kah anak-anak kita?

Comments are closed.