Pada 5hb November 2009, semasa perbahasan Bajet 2010, saya telah menyeru Menteri Pelancongan, YB Dato’ Ng Yen Yen untuk memberi jawapan kepada soalan-solan seperti berikut:
Venturepharm Asia Bhd dan Madam Chen Oyan Yun Shai bukanlah menipu MOSTI sahaja ia juga ada terlibat dengan Kementerian Pelancongan.
Saya menyeru Menteri Perlancongan untuk memberi penjelasan:
- Memandangkan pembantu peribadi terdahulu Menteri, iaitu Madam Ivy See adalah seorang pengarah eksutif Daley PR, adakah ia mempunyai satu “conflict of interest” terhadap Menteri semasa memberi kontrak pengiklanan kepada Daley PR untuk kerja-kerja pengiklanan di China?
- Apakah alasan-alasan tender pertama Malaysian Pavilion Project dibatalkan selepas Menteri mengambil jawatan sejak April 2009?
- Apakah alasan-alasan sementara akhir bulan June 2009 Venturepharm telah dianugerahkan dengan kerja pembinaan Malaysian Pavilion di mana ia tidak mempunyai rekod dalam kerja pembinaan semasa Venturepharm telah didedahkan di Parlimen dengan terlibat dengan penipuan MOSTI untuk mendapatkan TechnoFund?
- Adakah ia mempunyai apa-apa perbezaan (variation order) dengan jumlah RM10 to 20 million untuk Malaysian Pavilion project?
