Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa “soft loan” berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd pada tahun 2003 bertujuan untuk mengawal kemasukkan daging halal import telah disalahgunakan dan pembentukan National Feedlot Corp Sdn Bhd yang merupakan sebuah pertubuhan dikawal oleh orang yang sama berada dalam syarikat Agroscience Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd dan apakah status “soft loan” tersebut?