Perincian keuntungan/kerugian tahunan Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantation Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd …
Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat
Soalan No. 48
Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menyatakan perincian jumlah kerugian tahunan Sime Darby Bhd dan anak-anak syarikatnya termasuk Golden Hope dan lain-lain sejak dari 1989 hingga 2009 dan tindakan-tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kerugian pada setiap tahun tersebut, mengapa hanya Pengarah Urusan yang diarahkan untuk bercuti kerana lebihan kos (cost overruns) yang melebihi RM1 billion bagi projek elektrik hidro Bakun dan tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terbabit menyebabkan lebihan kos (cost overruns) ini sama ada perkara telah dilaporkan kepada MACC dan apakah langkah-langkah yang dikenal pasti bagi mengelak kelemahan pentadbiran yang serupa lagi di Sime Darby.
