PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ]
TARIKH : 17 MAC 2011
Rujukan: 384
SOALAN :
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa memandangkan ramai rakyat Singapura yang memasuki Malaysia menggunakan Pas Sosial dan menetap atau bekerja bertahun-tahun lamanya (permanently), sama ada Kementerian bercadang mengeluarkan peraturan baru seperti undang-undang imigrasi Singapura dimana pelawat-pelawat atas Pas Sosial hanya dibenarkan tinggal di Singapura tidak melebihi 90 hari dalam setahun, supaya tidak ada penyalahgunaan Pas Sosial tersebut.
