TARIKH : 1 NOVEMBER 2010 (ISNIN)
SOALAN:
Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menghentikan isu perkauman dan sifat anti-nasionalis daripada usaha menggugat kestabilan Negara dan apakah tindakan yang harus diambil dalam kerangka sedia ada untuk mencapai tujuan maksud dan memenuhi objektif program 1Malaysia.
