Wee Choo Leong Banner-01

Questions Time: Sessi November 2010: Kos konsultan dibayar oleh Khazanah Bhd

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

( WANGSA MAJU )

PERTANYAAN : BERTULIS

TARIKH : 11.10.2010 – 15.12.2010 (This question should have been answered in November 2010. After I have raised it in Parliament last week and it was only given yesterday. This is what the government called “Pencapaian DiUtamakan”!)

Tuan Wee Choo Keong ( Wangsa Maju ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kos konsultansi yang dibayar oleh Khazanah Nasional Berhad untuk semua projek sejak tahun 2003 memberikan butiran dengan nama firma perunding terhadap projek, jumlah dan tarikh.

Read more

Questions Time: 29 Mac 2011 Garis panduan untuk Lembaga Penasihat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN

DARIPADA       : TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH             :  29 Mac 2011

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah peraturan khusus atau garis panduan yang disediakan oleh Kementerian kepada Lembaga Penasihat apabila berurusan tentang rayuan yang dibuat oleh orang-orang tahanan di kem-kem tahanan di Simpang Renggam atau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act).

Read more

Questions Time: 29 Mac 2011 Tender process in Ministry of Tourism

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

(WANGSA MAJU)

TARIKH :  29 MAC 2011

SOALAN : Meminta MENTERI PELANCONGAN

menyatakan :

Apakah peraturan tender semasa untuk pemberian projek atau kontrak-kontrak yang diamalkan oleh Kementerian supaya amalan kronism dapat dielakan dan apakah peraturan tender yang digunakan oleh Kementerian untuk projek-projek atau kontrak-kontrak kepada Naga DDB Sdn Bhd, Smascom & Design Sdn Bhd, Sen Media Sdn Bhd, M & C Saatchi Sdn Bhd dan Impact Creation (M) Sdn Bhd.

Read more

Questions Time: 16 Mac 2011 To increase citizen – police ratio to 400 and actions taken to reduce crime in Wangsa Maju

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ]

TARIKH : 16 MAC 2011 (Minta maaf kerana terlupa post soalan/jawapan ini pada 16-03-2011.)

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa memandangkan peningkatan ketara kes-kes jenayah di negara ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan kadar nisbah anggota polis/rakyat kepada seorang pegawai polis dengan 400 rakyat dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan polis dalam mengurangkan kadar jenayah khususnya di kawasan Wangsa Maju.

Read more

Questions Time: 21 March 2011 Minimum passing mark for all subjects in PMR & SPM

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

( WANGSA MAJU )

TARIKH : 21 MAC 2011

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Pelajaran menyatakan sebab-sebab berkenaan keputusan peperiksaan PMR tahun lepas di mana 33,000 penuntut telah mencapai 8 gred A dan begitu juga dengan keputusan peperiksaan SPM di mana beribu-ribu lagi penuntut telah mendapat gred “A” dalam semua mata pelajaran maka apakah hitungan markah minima untuk lulus setiap mata pelajaran PMR dan SPM serta hitungan markah untuk mencapai gred “A” dalam setiap mata pelajaran PMR dan SPM.

Read more

Questions Time: 17-03-2011 Abused of Social Pass by Singaporeans

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA :  TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ]

TARIKH :      17 MAC 2011

Rujukan: 384

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa memandangkan ramai rakyat Singapura yang memasuki Malaysia menggunakan Pas Sosial dan menetap atau bekerja bertahun-tahun lamanya (permanently), sama ada Kementerian bercadang mengeluarkan peraturan baru seperti undang-undang imigrasi Singapura dimana pelawat-pelawat atas Pas Sosial hanya dibenarkan tinggal di Singapura tidak melebihi 90 hari dalam setahun, supaya tidak ada penyalahgunaan Pas Sosial tersebut.

Read more

Tek ucapan di Parlimen 15 Mac 2011ucapan di Parlimen 15

Teks Ucapan untuk perbahasan Titah SPB Yang Di Pertuan Agung oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju pada 15hb Mach, 2011.

Tan Sri Yang Di Pertua

BENCANA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

Sebelum saya mengambil bahagian untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, izinkan saya mengambil kesepatan ini untuk menyampaikan takziah bagi pihak saya sendiri dan penduduk-penduduk Wangsa Maju kepada semua keluarga rakyat negara Jepun yang terlibat dengan kejadian bencana gempa bumi dan Tsunami beberapa hari yang lalu. Walaupun beribu batu jarak antara Malaysia dengan Jepun saya berharap suara saya ini dan Ahli-Ahli YB yang lain boleh sampai kepada semua keluarga yang terlibat.

Read more

Questions Time: 15 March 2011 Light sentence on white collar crimes

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

( WANGSA MAJU )

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 15.03.2011

Tuan Wee Choo Keong ( Wangsa Maju ) minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan memandangkan trend-trend masa kini di mana mahkamah telah mengenakan denda yang tidak setimpal terhadap kes-kes melibatkan manipulasi pasaran saham, pengumuman kenyataan yang tidak benar / palsu oleh pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, sama ada Kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang sekuriti yang sedia ada dengan mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap jenayah kolar putih ini.

Read more

Questions Time: 14 March 2011 Matta Travel Fair

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

[WANGSA MAJU]

TARIKH : 14 MAC 2011

SOALAN : Meminta MENTERI PELANCONGAN

menyatakan :

Bahawa memandangkan banyak agensi-agensi pelancongan yang ditutup (collapsed), sama ada Kementerian bercadang untuk mengeluarkan peraturan-peraturan untuk memaksa MATTA menyediakan tabung pampasan untuk dibayar semula kepada orang ramai yang telah membuat bayaran pendahuluan untuk tiket-tiket penerbangan dan pakej pelancongan di MATTA Travel Fair? Jika tidak, sila nyatakan sebab-sebabnya.

Read more