Wee Choo Leong Banner-01

Perbahasan Peringkat Jawantankuasa Mengenai Dengan Bajet Terhadap Kementerian Kewangan pada 19 November, 2009: Timbalan Menteri Berjanji IJN Tak Akan Diswastakan.

Datuk Pengurusi

Saya bagun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawantankuasa mengenai Kementerian Kewangan di bawah Maksud Bekalan B 10, 11 dan 12,  Butiran 010100 (Pengurusan Am), 12000 Institut jantung Negara dan 020800 (Pemberian Khas kepada Wilayah Persekutuan) dan 02100 (KL International Airport Bhd).

Saya igin merujuk kepada Objektif-Objektif Kementerian Kewangan mengenai dengan Pengurusan Am di bawah (a) Memastikan perkhidmatan sokongan diberikan kepada bahagian-bahagian di Perbendaharaan untuk membolehkan bahagian-bahagian ini menjalankan operasinya dengan lancar dan sempurna; (d) Memastikan dasar Kerajaan untuk mengawal dan mengurangkan perjudian dilaksanakan dengan berkesan; dan (e) Memastikan dasar prosedur dan peraturan kewangan serta program/aktiviti diuruskan secara ekonomik dan berkesan serta memebri khidmat kepada agensi-agensi di bawah Kementerina Kewangan.

Read more