Wee Choo Leong Banner-01

Tek ucapan perbahasan Titah Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung pada 29 Mac 2010

Teks ucapan YB Wee Choo Keong,  Ahli Parlimen Wangsa Maju,  pada 29-03-2010 – Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang  Di Pertuan Agung

Datuk Yang Di Pertua,

Saya bangun untuk membahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agung. Titah Ucapan Seri Paduka Baginda yang merupakan ucapan dasar kerajaan perlu disokong oleh rakyat jika ianya dilaksanakan dengan ikhlas dan adil oleh kerajaan. Saya menyokong sepunuhnya Titah Sri banginda iaitu “..negara kita terus maju dan rakyat hidup dalam harmoni serta menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada tanah air yang tercinta.”

Read more

Pada 8hb Disember 2009 Timbalan Speaker: Dewan Rakyat bertindak dengan serta merta menyiasat kelakuan Datuk Shafie Abdullah.

Datuk Shafie Abdullah

Selepas saya membahas dalam Bajet 2010 peringkat Jawatankuasa mengenai dengan Kementerian Wilayah Persekutuan di Parlimen pada 7hb Dissember 2009 (Teks ucapan telah dikeluarkan dalam blog saya),  sedang saya bercakap dengan seorang pegawai kerajaan di lobi Parlimen, tiba-tiba datang Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, mencelah dengan muka marah serta berkelakuan biadap dan  marah kepada saya

Read more