Wee Choo Leong Banner-01

Questions Time 14-6-2012: Gambling activites in Cyber Cafes

Jawapan Lisan 14-6-2012

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian dan/atau DBKL bagi mengatasi dan/atau menghentikan masalah pusat-pusat cafe cyber berlesen atau tidak berlesen yang terlibat dalam kegiatan perjudian yang begitu banyak beroperasi di kawasan Wangsa Maju di mana ramai murid sekolah telah menjadi pelanggan mereka.

Read more

YB Raja Nong Chik perlu meminta balik diskaun RM36.8 juta demi kepentingan rakyat. Siapakah yang meluluskan diskaun RM36.8 juta?

Update mengenai kes tanah Bukit Kiara terlibat RM36 juta diskaun “diberikan” kepada Sime Darby oleh DBKL!

Pada petang 01 Disember 2010 saya telah membangkitkan masalah-masalah terlibat DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejeteraan Bandar semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Raykat.
Objektif-objektif utama Kementerian adalah:

  1. Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan system penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan hands on, mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan one stop centre;
  1. Meminimakan masalah kemiskinan di Wilayah Persekutuan melalui program-program yang boleh meningkatkan tahap pendapatan penduduk; dan
  1. Untuk menggubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal insani berteraskan nilai dan budaya Malaysia untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai Bandaraya yang bertaraf dunia.

Read more

Questions Time 12 April 2010

PERTANYAAN        :          LISAN

DARIPADA              :          YB TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH                    :          ISNIN, 12 APRIL 2010

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapakah pihak DBKL kerap kali enggan mengambil tindakan terhadap aktiviti perjudian secara ‘online’ di siber kafe di seluruh Kuala Lumpur dan khususnya di Wangsa Maju, sedangkan hal ini sudah disahkan oleh pegawai DBKL sendiri yang mengakui akan kewujudan aktiviti haram ini secara berleluasa di kebanyakan siber kafe di Wangsa Maju atau adalah ini merupakan polisi baru DBKL dan Kementerian iaitu melindungi aktiviti haram ini.

Read more

Soalan-soalan untuk sessi Parlimen 15 Mac 2010

Soalan-soalan bagi Jawab Lisan 1.   YB Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a)   Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak polis bagi mengurangkan kadar jenayah seluruh negara dan terutamanya di Wangsa Maju?, dan (b)  Berapa banyakkah laporan polis berkaitan jenayah yang telah dibuat di Wangsa Maju pada tahun … Read more