Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) mengapa pada tahun 2003, MAS yang berada di bawah Tan Sri Md Nor Md Yusof, yang pada masa itu merupakan Pengarah Urusan MAS dan juga arkitek bagi Widespread Asset Un-bundling aka “WAU” telah menjual 70% saham daripada bahagian di dalam MAS Catering Sdn Bhd, sebuah syarikat MAS yang ‘profitable’ dengan purata perolehan tahunan sebanyak RM300 – RM400 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM50 juta atau lebih setiap tahun, kepada sebuah syarikat dan serentak dengan itu MAS memasuki suatu perjanjian yang dianggap berat sebelah terhadap MAS di mana MAS terpaksa membeli semua makanan dan minuman serta lain-lain perkhidmatan kabin dengan keuntungan jaminan daripada syarikat tersebut selama 25 tahun; dan
(b) nama syarikat itu dan juga harga jualan serta butir-butir penuh perjanjian selama 25 tahun tersebut dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Khazanah untuk memecahkan perjanjian yang tidak adil ini yang boleh menjejaskan pertumbuhan MAS dan/atau untuk meringankan beban kewangan MAS.