
Updates @ 7 pm on 22-11-2012: (Dari Hansard yang belum disemak)
Dato’ Seri Kong Cho Ha: [Ketawa] Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan mengapa seorang penjawat DCA menerbangkan A380 yang dimiliki oleh MAS terus ke Kuala Lumpur. Untuk menjawab Yang Berhormat, ini sebenarnya dibenarkan kerana Kapten Sumali ini, beliau adalah seorang yang mahir dengan semua jenis pesawat yang beliau akan menentukan kelayakan juruterbang dan sebagainya. So ini adalah within the permission untuk beliau membawa balik dan menerbangkan A380 untuk meletakkan tafsiran kepada lesen pilot beliau.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit. Kapten Sumali ini adalah seorang pegawai DCA. Tugasnya adalah untuk safety audit kapal terbang dan keselamatan yang lain. So itu bukan tugas dia. Persoalannya adalah itu bukan tugas dia. Dia bukan pilot. Saya tidak menyoal kelayakan dia.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: Beliau juga seorang pilot dan juga perlu mematuhi untuk upgrade dan update tentang pesawat-pesawat yang baru dalam kerja beliau. Jadi beliau boleh lebih faham tentang perkara-perkara yang tertentu dan untuk mengiktiraf pilots yang lain.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya. Beliau bukan pilot MAS. Jadinya beliau tidak ada hak.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: Ya, beliau memang bukan pilot MAS.
DR 21.11.2012 44
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Beliau bekerja untuk DCA.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: Beliau tidak dibayar oleh MAS juga.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, bukan dibayar. Masalahnya conflict of interest. Beliau untuk menjaga keselamatan kapal terbang, flight dan sebagainya. Beliau dari situ boleh ambil masa, time off kerja beliau dan pergi bawa kapal terbang. Ini sudah salah daripada segi abuse of posisi.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: No, no. Tidak, tidak. Jadi, untuk itu…
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itulah masalah Yang Berhormat Menteri.








